Mengenai Pelajaran
Jom gunakan Tips BG BOSS untuk menjawab soalan Penyelesaian Masalah!
B – Baca soalan yang diberikan dengan teliti!
G – Gariskan kata kunci dan maklumat penting!
B – Bulatkan angka atau data-data matematik dalam soalan.
O – Operasi apa yang harus digunakan dalam situasi ini?
S – Selesaikan jawapan anda dengan pengiraan yang betul!
S – Semak semula jawapan agar tidak berlaku kecuaian dalam mana-mana langkah!