Kandungan Kursus
Objektif Kursus
Apakah objektif pembelajaran bagi kursus ini?
0/1
Cetusan Minda
Anda akan mengulangkaji pelajaran sebelum ini berkaitan topik Ruang sebelum mempelajari subtopik Perimeter
0/3
Kenali Perimeter
Mari mengenal maksud perimeter dan cara mengira perimeter pada bentuk dua dimensi sehingga lapan sisi.
0/1
Aktiviti Projek: Berkumpulan
Membina projek kecil berdasarkan topik Perimeter secara berkumpulan!
0/4
Sudut Kreativiti: Senarai semak projek
Sila semak semula langkah-langkah projek anda sebelum menghantar tugasan.
0/4
Uji Diri Anda!
Anda telah menyelesaikan semua aktiviti! Untuk maju ke kursus seterusnya, anda harus lulus bahagian seterusnya dengan menjawab soalan-soalan berikut. Selamat Mencuba!
0/1
Metakognitif Jurnal Refleksi
Mari membuat refleksi tentang apa yang anda sudah pelajari dalam kursus ini!
0/1
KURSUS 3: Perimeter
Mengenai Pelajaran
 
Garisan merah yang mengelilingi bentuk rumah ini mewakili PERIMETER bentuk!
 
Hasil tambah bagi setiap sisi luar bentuk 2D dinamakan sebagai perimeter!
 
 
Dari kata lain, perimeter ialah ukur lilit bagi sesebuah bentuk.
 
 
CONTOH 1
Mari kita lihat contoh di bawah:

 

 
Cuba lihat bentuk ini,
Setiap sisi segi empat di atas panjangnya berukuran 3 cm. Jika dicampurkan panjang setiap sisi,
3 cm + 3 cm + 3 cm + 3 cm = 12 cm
 
 
 
 
CONTOH 2
Mari kita lihat contoh di bawah:
 
 
Segi empat ini mempunyai dua sisi berukuran 4 cm dan dua lagi sisi berukuran 3 cm. Mari kita kira perimeter bentuk ini!
 
4 cm + 3 cm + 4 cm + 3 cm
14 cm
 

Oleh itu, perimeter rajah ini ialah 14 cm!

CONTOH 3

Mari kita lihat contoh di bawah:

Sekarang, mari kita kira perimeter bagi bentuk segitiga di bawah pula!

Segitiga ini terdiri daripada sisi yang berukuran 7 cm, 9 cm dan 12 cm.
Oleh itu, perimeter bentuk ini dapat dikira,
 
 
7 cm + 9 cm + 12 cm = 28 cm
 
Oleh itu, perimeter rajah ini ialah 28 cm!